Thursday, August 11, 2011

Lets get clean with BERSIH 2

Ok assalamualaikum pertama sekali, untuk membentangkan tajuk bersih ini maaflah saya agak lambat memberi respon terhadap isu ni, awal-awal saya beritahu saya tidaklah arif hendak membincangkan isu ni, saya hanya meluahkan berdasarkan pemikiran seorang remaja yang mengambil berat akan isu semasa  negara. (Maaf En.Firdaus saya baru aktif blog sekarang, maklumlah sibuk beribadah bulan ramadan ni). Pertama sekali seperti yang kita tahu bersih ini adalah perjuangan yang dituntut dalam masyarakat kita sendiri kononya perjuangan mereka adalah benar dan sebenar benarnya. Antara tuntutan yang mereka inginkan telah pun dimaklumkan dan diwawarkan dia akhbar-akhbar tempatan sekiranya ingin mengetahui lebih lanjut. Persoalannya adakah tuntutan-tuntutan yang diperjuangkan itu dapat memberi jaminan akan pemerintahan yang lebih adil dan saksama. Sememangnya tidak dinafikan pucuk pimpinan sekarang terdapat unsur-unsur negatif dan selebihnya positif walhal kedamaian dan kesejahteraan negara dapat dikawal dan terjamin. Dengan terbentuknya perjuangan 'BERSIH', ini mengugat ketenteraman negara yang sudah 54 tahun bebas dari pemberontakan dan penjajahan negara luar. Sekarang timbul penjajahn dari ' dalam negara' yang akan mengganggu gugat kesejahteraan negara yang kini masyarakatnya sudah selesa. Lebih- lebih lagi pencetus "BERSIH" ini adalah daripada Ambiga Bekas Presiden Majlis Peguam yang mempertikaikan perlaksanaan hukum syariah di dalam kes murtad Lina Joy. Ambiga juga pernah mewujudkan forum yang bertajuk 'Memeluk islam' yang membincangkan serta mempertikaikan agama islam, ini mendapat tentangan keras dari segelintir masyarakat islam dan anggota PAS. Melihat namanya pun sudah menimbulkan rasa benci apatah lagi ingin mengikut perjuangan dia. Justeru perjuangan Ambiga mendapat sokongan daripada kaum india mulanya tetapi kini merebak kepada masyarakat melayu khususnya. Terdapat juga segelintir individu yang mengambil kesmpatan atas perjuangan "BERSIH" ini antaranya ialah Anwar Ibrahim yang kononya menyokong perjuangan "BERSIH" ini. Mengenai Anwar Ibrahim ini saya tidak mahu berkata banyak, sila merujuk link yang berkenaan untuk membaca lebih lanjut.

http://din.huluselangor.net/?p=5941
http://din.huluselangor.net/?p=6893
http://bloglistpolitik.blogspot.com/2011/07/anwar-bohong-dia-sedang-sedap-tidur-di.html
http://www.pisau.net/2011/08/anwar-munafiik-cakap-bohong.html

Pada 9 Julai 2011, yang lalu "BERSIH" yang berleluasa di sekitar ibu negara, Kuala Lumpur menimbulkan huru-hara serta mengganggu sedikit sebanyak ekonomi negara. Masyarakat peniaga khususnya tidak dapat menjalankan perniagaan mereka akibat daripada kesesakan perarakan oleh perjuangan "BERSIH" ini. Walaubagaimanapun semasa perarakan berlaku timbul kekecohan serta pemberontakan dalam kalangan masyarakat yang berkeras menentang polis yang hanyalah menjalankan tugas dalam mempertahankan keselamatan negara. Sememangnya sudah menjadi tanggungjawab polis untuk menjaga kedamaian masyarakat sekiranya timbul kekecohan jadi jangan memperasalahkan 'seekor harimau yang mempertahankan habitatnya dari harimau lain". Amat memalukan lagi masyarakat melayu, islam terutamanya yang melontarkan batu serta bertindak ganas di dalam kekecohan tersebut, sesungguhnya di dalam islam kita diajar mnyelesaikan sesuata dengan sebaik mungkin tampa mencederakan kedua-dua pihak sesama islam, pelbagai alternatif yang lebih mulia dan bertamadun. Sedih saya melihat orang islam bergaduh sesama sendiri serta bercanggahan. Sesungguhnya peristiwa ini menjadikan saya lebih merindui pucuk pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau merupakan seorang pemimpin yang sentiasa disanjungi hingga akhir tamadun, kepimpinan beliau selama 22tahun dalam membangunkan negara amat dibanggakan serta di sanjungi masyarakat. Beliaulah idola seniman negara yang tidak dapat dilupakan. Sekian Terimakasih.

Ambiga, pencetus "BERSIH"

Perarakan perjuangan "BERSIH"

Kekcohan semasa perarakan

Pejuang berhimpun untuk perarakan

Polis VS Masyarakat "BERSIH"





No comments:

Post a Comment